30 March, 2009

dajjal al maseih...













Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Aku menyukai Bani Tamim kerana tiga perkara yang aku dengar dari Rasulullah s.a.w, di mana baginda s.a.w bersabda: Mereka iaitu Bani Tamim adalah umatku yang paling kuat menghadapi Dajal. Dikatakan: Ketika sedekah-sedekah mereka sampai atau diterima, Nabi s.a.w bersabda: Ini adalah sedekah kaumku. Ketika orang-orang tawanan dari kalangan mereka berada bersama Aisyah. Rasulullah s.a.w bersabda: Merdekakanlah mereka kerana mereka adalah keturunan Nabi Ismail
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4587


Hadis Abdullah bin Umar r.a: Bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: Pada suatu malam aku bermimpi berhampiran Kaabah, aku melihat seorang lelaki berkulit sawa matang, sebagaimana engkau pernah melihat seorang lelaki tampan berkulit sawa matang, dia berambut ikal sebagaimana engkau pernah melihat seorang lelaki tampan berambut ikal. Dia menyikat rambutnya yang masih basah. Dia bersandar kepada dua orang atau kepada bahu dua orang sambil melakukan Tawaf di Baitullah. Lalu aku bertanya: Siapakah lelaki ini? Ada yang menjawab: Dia adalah Al-Masih bin Mariam. Kemudian aku melihat pula seorang lelaki berambut kerinting, mata kanannya buta seperti buah anggur yang masak ranum iaitu matanya terkeluar. Lalu aku bertanya: Siapa pula lelaki ini? Ada yang menjawab: Dia adalah Al-Masih Dajal
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 246

Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tiada seorang Nabi pun yang diutuskan melainkan dia memberi peringatan (yang menakutkan) kepada umatnya tentang penipu yang buta sebelah matanya. Ketahuilah bahawa Dajal itu buta sebelah matanya dan Tuhan kamu tidak buta sebelah matanya dan ditulis di antara dua matanya (Dajal) Kaf Fa dan Ra (Kafir)
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 5219

Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Dajal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 5222
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Perhatian! Aku akan menceritakan kepada kamu tentang Dajal apa yang belum diceritakan oleh Nabi kepada kaumnya. Sesungguhnya Dajal itu buta sebelah matanya. Dia akan datang membawa bersamanya seperti Syurga dan Neraka. Syurga yang didakwa oleh Dajal itu sebenarnya adalah Neraka. Aku memperingatkan kamu (dalam masalah Dajal) sebagaimana Nabi Nuh memperingatkan kaumnya
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 5227
Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak ada negara (dalam dunia) melainkan akan dipijak (dilanda) oleh Dajal kecuali Mekah dan Madinah kerana setiap jalan dan lereng bukit dijaga oleh barisan Malaikat. Oleh itu Dajal akan turun (berhenti) di satu kawasan bernama Sibkhah (tanah kering lagi masin) maka Madinah bergegar sebanyak tiga kali, kemudian semua para Kuffar (orang kafir) dan para Munafik keluar dari Madinah menemui Dajal
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 5236

Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Pada setiap lubang iaitu Pintu masuk ke Kota Madinah terdapat Malaikat iaitu Penjaga. Penyakit taun dan juga Dajal tidak dapat masuk
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 2449

Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w bersabda: Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah dibangkitkan para Dajal pendusta yang hampir bilangan mereka tiga puluh orang. Setiap mereka mendakwa dirinya adalah Rasul (utusan) Allah
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 5205

Hadis Jabir bin Abdullah r.a: Diriwayatkan daripada Muhammad bin Al-Mungkadir r.a katanya: Aku telah melihat Jabir bin Abdullah telah bersumpah dengan nama Allah bahawasanya Ibnu Soyyad adalah Dajal. Aku bertanya: Adakah kamu bersumpah dengan nama Allah? Ibnu Jabir menjawab: Aku telah mendengar Umar bersumpah sedemikian ketika bersama Nabi s.a.w dan Nabi tidak mengingkarinya
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 5214